Keluarga boleh
ditakrifkan sebagai kaum kerabat atau sanak saudara yang saling mengasihi,
mencintai dan bersifat belas kasihan terhadap saudaranya yang lain. Tambahan
pula, keluarga merupakan aset terpenting dalam kehidupan setiap
insan. Seseorang yang tidak mempunyai keluarga, iaitu hidup sebatang kara, tidak
mempunyai tempat bergantung untuk menumpang kasih serta hidup bagaikan layang-layang terputus
tali. Pada tahun 2003, Malaysia pernah
digemparkan dengan keputusan peperiksaan Pelajaran
Malaysia (SPM) Nur Amalina yang amat membanggakan. Hal ini demikian kerana beliau berjaya mendapat 17A1 sekali gus menjadikan beliau
pelajar cemerlang SPM 2003. Kejayaan ini adalah kerana Nur Amalina
mempunyai sebuah keluarga yang penyayang dan sanggup memberikan sepenuh sokongan dan
dorongan dalam bidang akademik beliau. Jelaslah bahawa faktor kejayaan
anak-anak dalam bidang akademik banyak bergantung kepada dorongan dan sokongan
daripada keluarga. Terdapat pelbagai jenis sokongan dan dorongan yang boleh
diberikan oleh keluarga untuk memastikan kecemerlangan anak-anak
kerana keluarga bahagia pemangkin kecemerlangan
anak-anak.
Pada hemat saya, peranan
keluarga ialah kepimpinan melalui teladan. Anak-anak akan lebih terdorong untuk mengikut
jejak langkah kejayaan ibu bapa mereka kerana ibu bapa lebih mengenali dan rapat dengan anak-anak. Ibu
bapa yang berjaya akan menjadi idola dan inspirasi untuk kecemerlangan anak-anak. Tambahan
pula, kejayaan ibu bapa akan menyebabkan anak-anak cuba mememotivasikan diri mereka sekali gus
merubah kehidupan mereka agar berjaya atau lebih berjaya daripada ibu bapa mereka. Dalam era
globalisasi ini, kebanyakan ibu bapa yang berjaya mempunyai anak-anak yang berpotensi untuk berjaya seperti mereka.
Buktinya, kajian statistik oleh Jabatan Kebajikan
Masyarakat mendapati hampir 50 peratus
rakyat Malaysia terlibat dengan gejala negatif lazimnya mempunyai konflik keluarga. Oieh itu, benarlah bahawa
kepimpinan melalui teladan merupakan dorongan yang boleh diberikan oleh keluarga
untuk kecemerlangan anak-anak.
.-
Malah, pada realitinya, ibu bapa sanggup memerah keringat, membanting
tulang dan bekerja keras dengan tulang empat kerat mereka agar memperoleh
pendapatan yang lumayan dan mewah. Hal ini demikian kerana ibu bapa mahu
memberikan kemudahan dan keselesaan yang secukupnya kepada anak-anak bagai menatang minyak yang penuh. Semua
ibu bapa menginginkan kejayaan daripada anak-anak supaya anak-anak
mempunyai masa depan yang cerah. Mereka tidak mahu anak-anak mereka hidup susah. Sebagai
contoh, ibu bapa yang tidak berkemampuan terpaksa kais pagi makan pagi, kais petang makan petang semata-mata untuk membiayai
persekolahan anak-anak mereka. Dalam era modenisasi ini, pendidikan semakin
memerlukan kos yang tinggi. Hal ini menyebabkan ibu bapa terpaksa bekerja
dengan lebih kuat dan lebih masa untuk menampung kos pendidikan anak-anak mereka. Buktinya, mantan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga pernah
menyatakan bahawa wang ringgit bukanlah
pengganti kasih sayang malah semua ibu bapa sanggup mengorbankan apa-apa sahaja untuk kebahagiaan cahaya mata mereka. Kenyataan ini
membuktikan bahawa ibu bapa rela berkorban demi anak-anak mereka
sekali pun terpaksa bergadai nyawa. Sudah terang lagi bersuluh bahawa pengorbanan ibu
bapa menjadi.dorongan untuk anak-anak cemerlang dalam bidang
pelajaran.
Dorongan lain yang boleh
diberikan oleh keluarga adalah dengan memberikan anak-anak didikan agama yang
sempurna. Hal ini kerana anak-anak yang mempunyai didikan agama yang sempurna
akan terang hati dan lebih mudah untuk menerima pelajaran. Mereka akan mempunyai
prinsip hidup yang teguh, sekali gus menyebabkan mereka tidak mudah terpengaruh
oleh gejala negatif yang semakin berleluasa seperti kudis dalam masyarakat
marcapada ini. Kejayaan Nadia Amira yang
cemerlang dalam SPM 2006 menunjukkan bahawa
pelajar yang mempunyai didikan agama yang sempurna mampu meraih kejayaan. Albert
Einstein pernah mengatakan bahawa agama tanpa ilmu adalah buta, manakala ilmu tanpa agama adalah lumpuh. Oleh itu, jelaslah
bahawa didikan agama yang sempurna merupakan salah satu dorongan yang
boleh diberikan oleh keluarga demi kecemerlangan anak-anak dalam bidang akademik.
Sebagai intiha, dorongan
daripada keluarga merupakan faktor terpenting kejayaan anak-anak. Rentetan itu, ibu bapa
serta ahli keluarga yang lain wajarlah bersatu padu bagai aur dengan tebing dan sama-sama berusaha seperti hati gajah sama dilapah, hati kuman sama
dicecah untuk merealisasikan impian murni mereka. Dorongan keluarga
dapat melahirkan anak-anak yang cemerlang, gemilang dan terbilang
seperti yang dilaungkan mantan Perdana Menteri kita yang lebih dikenali sebagai
"Pak Lah". Marilah kita buktikan kepada dunia bahawa pemikiran rakyat
Malaysia tercinta ini tidak lagi dibelenggu atau tidak lagi umpama katak di bawah tempurung, malah
telah bertamadun dalam menuju era globalisasi untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan
negara maju yang lain di seluruh sarwajagat ini.