1.
Belakangan ini, isu
berkaitan dengan remaj alam kalangan masyarakat saban waktu diwara -wara kan
dalam media arus perdana malah sering
menjadi poemik yang hangat diperdebatkan di negara kita. Lantaran itu,pihak mestilah komitmen dan beriltizam untuk mendepani isu ini kerana di mana
ada kemahuan, di situ ada jalan. Persoalannya, apakah cara-cara untuk...............
2.
Semua pihak mestilah
berusaha untuk memperkasakan remaja supaya `generasi Y' ini dapat diperkasakan
di negara kita. Penggemblengan tenaga
dan usaha untuk menjayakannya amatlah diharapkan kerana orang bijak pandai pernah berpesan kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan
dapat sagunya. Dalam pada itu, usaha yang sistematik dan proaktif mestilah
digerakkan mulai dari sekarang kerana perjalanan yang beribu batu, mestilah bermula dengan langkah pertama.
3.
Mafhum daripada sepotong
hadis yang bermaksud, jagalah masa sihatmu sebelum tiba masa sakit. Hadis ini jelas
menggambarkan betapa pentingnya kesihatan diri dalam kehidupan kita. Kesihatan
merupakan kurniaan Tuhan yang sangat
bernilai. Kesihatan yang baik membolehkan kita menguruskan kehidupan dengan
baik. Persoalannya, adakah kita sedar
tentang kepentingan kesihatan dalam kehidupan? Lantaran itu, kita perlu mencari wasilah dan
ikhtiar untuk terus hidup dalam keadaan sihat dan sejahtera. Situasi ini
bertepatan dengan peribahasa di mana ada
kemahuan, di situ ada jalan.
4.
Sebagai sahmura negara,
remaja seharusnya rajin berusaha seperti lebah menghimpunkan madu. Mengapakah wujud sikap malas dalam diri? Berpeganglah
pada prinsip bukan senang untuk menjadi senang dan bukan susah untuk menjadi susah.
5.
Disiplin merupakan
elemen terpenting dalam kehidupan remaja/pelajar. Tanpa disiplin tidak mungkin tugasan seharian dapat diselesaikan dengan baik. Jagalah
dan pupuklah disiplin da!am diri seperti menjaga nyawa sendiri. Hal ini kerana tiada apa-apa di dunia ini yang dapat menandingi nikmat hidup kurniaan Tuhan. Jadilah manusia yang bersyukur. Hayatilah juga mafhumm
mulia yang menyatakan bahawa kehidupan sebagai sebatang tubuh. Jika ada anggotanya yang sakit, justeru
semua tubuh akan berasa sakit dan bersama-sama berjaga malam. Senario ini juga terungkap dalam aforisme yang
berbunyi yang bulat tidak akan datang menggolek, yang pipih tidak akan datang melayang. Tanpa disiplin diri
maka tempanglah kehidupan.
6.
"Badan cergas,otak
cerdas", slogan ini sering kita dengar dan kita lihat melalui paparan
media massa. Seiring dalam mengejar arus
globalisasi, amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat harus
ditingkatkan bagi merealisasikan visi dan
misi negara menjadi negara maju pada tahun 2020. Sejajar dengan itu, bagi
merealisasikan misi negara tersebut,
kita perlu melahirkan masyarakat yang mempunyai pemikiran yang kreatif dan berpandangan jauh serta mempunyai emosi yang stabil
kerana daripada aspek-aspek inilah lahirnya masyarakat yang akan menjadi peneraju untuk menggerakkan kemajuan
negara pada masa hadapan.
7.
Hujan emas di negeri
orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Budaya
kuning yang kian menular umpama virus epidemik
dalam masyarakat telah menyebabkan remaja semakin alpa dan lalai tentang tanggungjawab mereka terhadap tanah air tercinta ini. Era
globalisasi sejajar dengan arus pemodenan telah mengaburi mata setiap individu untuk mengutamakan kesejahteraan
negara. Nilai materialistik dan individualistik yang menguasai jiwa masyarakat telah menyukarkan modus
operandi untuk menyuburkan semangat perpaduan atau nasionalisme yang semakin sirna. Setiap rakyat
Malaysia memikul tanggungjawab yang berat untuk menghidupkan nilai perpaduan dan kesyukuran yang begitu
syumul pada suatu masa dahulu. Sebagai warganegara
yang mendukung nilai cinta akan negara, kita perlu mengamaikan prinsip di mana
bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
8.
Remaja kontemporari yang
kononnya semakin bijak telah mula tenggelam punca dan sanggup melakukan
tindakan ganas di luar batasan. Pelbagai krisis yang melanda mereka telah
menjadi anasir peledek sehingga situasi yang harmoni bertukar menjadi neraka
kehidupan. Pelbagai tekanan emosi mula melanda golongan sahmura ini sehingga
menimbulkan kesan kemurungan dan halunisasi. Memandangkan fenomena in berupaya
mengancam kesejahteraan komuniti, heterogen sinergi menanganinya harus diambil
dengan seberapa segera. Kata orang tua-tua, api kecil baik dipadam.
No comments:
Post a Comment