Warga tua telah banyak
berjasa kepada keluarga dan negara. Namun, banyak jasa mereka telah dilupakan.
Terdapat anak-anak yang menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang tua-tua.
Anak-anak perlu
membalas jasa kedua-dua orang tua mereka. Hal ini kerana
ibu bapa telah mendidik dan menyara kehidupan mereka. Pengorbanan mereka
perlu dibalas dengan sebaik-baiknya. Anak-anak janganlah menghantar ibu bapa
mereka ke rumah orang-orang tua. Warga tua akan berasa sedih jika dihantar ke
rumah orang tua-tua.
Selain itu, ibu
bapa mestilah menjadi contoh kepada anak-anak. Mereka perlu
menjaga kedua-dua ibu bapa mereka dengan penuh kasih sayang. Ibu bapa
perlu mewujudkan hubungan mesra dalam keluarga. Anak-anak akan menghargai dan
menghayati kasih sayang yang dicurahkan kepada mereka. Anak-anak akan tetap
menyayangi mereka.
Di sekolah, guru
boleh menasihati pelajar agar menghormati warga tua. Guru-guru
perlu menasihati pelajar mereka supaya sayang dan hormati warga tua.
Pelajar-pelajar perlu bercakap dengan sopan apabila berhubung dengan ibu bapa
mereka. Guru-guru boleh menerapkan nilai ini melalui mata pelajaran Pendidikan
Islam dan Pengetahuan Moral. Peranan guru penting untuk mendidik para pelajar.
Kerajaan boleh
menghargai warga tua. Kerajaan perlu
menyediakan pelbagai kemudahan untuk warga tua. Sebagai contoh, warga tua perlu
diberikan rawatan percuma di hospital kerajaan ataupun dikenakan kadar bayaran
rendah di hospital atau klinik swasta. Warga tua akan berasa gembira dan
dihargai. Kerajaan perlu mengadakan hari mengingati warga tua.
Kesimpulannya, pelbagai pihak perlu berusaha untuk
menghargai jasa dan pengorbanan warga tua. Kita tidak boleh mengabaikan warga
tua kerana merekalah yang melahirkan dan membesarkan kita.
No comments:
Post a Comment