Pengenalan
Pepatah ada mengatakan
‘zaman beralih, musim bertukar’,sememangnya tidak dapat dinafikan lagi
pendidikan konvensional kini telah bertukar wajah. Sistem pendidikan maya
telah diperkenalkan di negara kita atas usaha kerajaan untuk memartabatkan
lagi sistem pendidikan kita agar bertaraf dunia. Sistem ini bertujuan untuk
melonjakkan taraf pendidikan rakyat Malaysia agar setanding dengan sistem
pendidikan di negara-negara maju dan juga untuk meningkatkan sistem
pengajaran dan pembelajaran agar boleh diaplikasikasikan di seluruh
dunia.Pendidikan maya merupakan satu bentuk pendidikan masa depan yang akan
memaksimumkan penggunaan Teknologi dan Maklumat dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Pendidikan maya dapat ditakrifkan sebagai sistem pengajaran
dan pembelajaran yang melepasi sempadan bilik kuliah atau kelas di sekolah.
Jika kita menerobosi secara terperinci tentang sisitem pendidikan maya ini,
banyak kelebihan yang bakal kita dapati.
|
Isi 3
I
|
Seterusnya, pendidikan secara maya juga
dapat menjimatkan pelbagai kos kehidupan seperti penginapan dan perbelanjaan.
|
M
|
Hal ini dikatakan demikian kerana
pendidikan maya boleh dilakukan di rumah. Secara tidak langsung, kos
perbelanjaan dan penginapan para pelajar dapat dijimatkan.
|
Ba
|
Para pelajar terutama di peringkat
pengajian tinggi tidak perlu lagi bersemuka dengan pensyarah. Tamsilnya, para
pensyarah boleh menggunakan kemudahan telesidang yang menggabungkan
audio, video dan grafik dapat dilakukan di lokasi yang berbeza dengan
peralatan canggih dan didengari ramai tanpa melibatkan kos yang tinggi untuk
para pelajar Program Pendidikan Jarak Jauh.
|
K
|
Oleh hal yang demikian, golongan seperti
suri rumah dan pesara dapat terus melanjutkan pelajaran tanpa perlu
menghadirkan diri di institusi pendidikan. Hal ini secara tidak langsung
dapat memanifestasikan slogan pendidikan sepanjang hayat yang amat digalakkan
oleh kerajaan.
|
U
|
Baru-baru ini juga Timbalan Menteri Pelajaran iaitu
Datuk. P. Kamalanathan menyuarakan bahawa pendidikan maya ini telah
melahirkan ramai graduan yang boleh memberi sumbangan kepada negara kita
supaya hasrat Perdana Menteri iaitu Transformasi Nasional 2050 menjadi
kenyataan.
|
P
|
Secara tuntasnya, dengan adanya pendidikan maya, kita
dapat menjimatkan pelbagai kos kehidupan.
|
Penutup
Kesimpulannya, sememangnya pendidikan maya memberikan
pelbagai kelebihan kepada seluruh lapisan masyarakat. Umum mengetahui bahawa
bentuk pengaajaran dan pembelajaran yang baharu membolehkan rakyat meningkatkan
kemahiran dan kelayakan akademik. Pelaksanaan sistem pendidikan maya di negara
kita dapat meluaskan lagi horizon minda para pelajar. Para pelajar akan lebih
terdedah dengan dunia globalisasi sekiranya pendidikan maya dilaksnakan secara
menyeluruh. Walaupun usia telah meningkat ilmu pengetahuan tetap dapat
dikuasai. Konsep pembelajaran sepanjang hayat menerusi pendidikan sedemikian
patut dimanfaatkan oleh semua bertunjangkan pepatah ‘ sebab mutiara sebiji,
lautan dalam diselami orang’. Selain itu pelbagai pihak tidak kira pihak swasta
mahupun badan bukan kerajaaan (NGO) perlulah berganding bahu bersama kerajaan
untuk membangunkan lagi sistem pendidikan di negara kita agar ‘duduk sama
rendah, berdiri sama tinggi’ dengan negara-negara maju yang lain.
Apa itu imbakop??
ReplyDeleteI = isi
DeleteM = mengapa
Ba = bagaimana
K = kesan
U = ungkapan
P = penegasan
Ooo..baru tau
Deletetidak tahu
ReplyDeleteTerima kasih
ReplyDeletesama-sama
Deleteimbakup
ReplyDeletei - isi
m - mengapa
ba - bagaimana
k - kesan
u - ungkapan menarik
p - penegasan
ade tak teknik penulisan penutup ?
DeleteTekini PCH
DeleteP= pandangan
C= cadangan
H= harapan
Tq
ReplyDeleteVery helpful.Keep it up.
ReplyDeletetq
ReplyDeleteNk tnya kebaikan e pendidikan dlm krngan ada tk
ReplyDeleteBoek bh ni karangan.... Siap ada imbakup lagi... Teruskan ii
ReplyDeleteMohon dihalalkan segala ilmu pengetahuan ini dan saya amat berterima kasih kerana telah membantu saya dalam menuntut ilmu khususnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu serta jika tidak keberatan moga dapat mendoakan saya supaya menjadi seorang pelajar yang berdisiplin dan bijak.Tidak lupa juga agar menjadi hamba Allah yang beriman
ReplyDeleteTerima kasih CTH karangannya.saya harap memperbanyakkan lagi cnth karangan yg lain kerana byak membantu murid2 selesaikan kerja.trus kan usaha
ReplyDelete